Monday, October 26, 2009

Refleksi Cikgu Alimah suruh buat...

Pada peperiksaan akhir tahun ini,saya telah gagal 2 subjek dan lulus 4 subjek.Saya berasa agak bangga dengan pencapaian saya kerna markah saya lebih baik daripada markah saya untuk peperiksaan pada tengahan tahun.Oleh itu,saya yakin bahawa saya boleh mendapat lebih markah kerana saya telah membuktikannya.Saya akan belajar lebih tekun untuk peperiksaan 'O'.

Tu je lah nk dicakap.Tk tahu ape lagi cikgu nk tulis.Sekian taufik dan hidayah,assalamualaikum.Berhati-hati di jalan raya.

Monday, August 17, 2009

Refleksi Hari Kebangsaan






Negara yang bersih indah,berbilang bangsa,itulah Singapura.
Berbudi bahasa,menolong sentiasa,itulah orang Singapura.
Daripada sebuah tanah,Singapura telah mengubah menjadi kota indah.
Kita telah menjadi negara yang maju setelah empat puluh empat tahun kemerdekaan.
Pada hari 9 Ogos,Singapura akan menyambut hari kebangsaannya.Semua orang akan bersuka ria menyaksikan penyambutan hari kebangsaan Singapura.




Persembahan itu termasuk penarian,pembarisan,penunjukkan kenderaan tentera,penyanyian lagu nasional dan yang paling penonton mengalu-alukan adalah pertunjukkan bunga api yang berwarna-warni dan sangat indah.



Sunday, July 19, 2009

Hari Keharmonian Kaum




Saya rasa Hari Keharmonian Kaum adalah satu-satunya hari yang terpenting di Singapura. Pada hari itu,pelajar-pelajar dikehendaki berpakaian seperti pakaian tradisional bangsa lain seperti Baju Kurung untuk Melayu,Cheongsam untuk orang Cina dan Sari untuk bangsa India.Pelajar-pelajar juga dapat mencuba permainan tradisional kaum lain seperti batu seremban,chapteh dan congkak.Dengan cara ini,pengetahuan kita tentang kaum lain akan meningkat.



Dengan adanya hari nie,kita dapat mengetahui lebih tentang kaum lain.Bagi saya,pergaduhan diantara kaum berlaku kerana perselisihan faham.Sekarang,Singapura adalah negeri yang aman-damai dan berbilang bangsa.Tiada lagi pergaduhan dulu seperti pergaduhan kaum Maria Hertogh.


Seperti di Sri Lanka,ada perselisihan faham diantara kaum Sinhalese dan Tamil.Pergaduahan merekan tidak terhenti-henti hingga ke hari ini.

Monday, May 25, 2009

Refleksi Peperiksaan

Hatiku berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan awal tahun ku.Adakah aku akan gagal?Adakah ku akan gagal?Tetapi ku tahu yg aku telah cuba sepenuhnye untuk peperiksaan ini.Aku ingin sangat lulus dengan cemerlang agar dapat membuat ibu bapaku
bangga kepadaku.Aku ingin meningat empat ekspres bersama-sama kawan ku.

Hati ku sangat gembira apabila guru memulang balik kertas inggeris dan melayu kerana markah ku agak baik kepadaku.Tetapi bila guru memulangkn kertas sains,matematiks dan humanitis,aku sangat kecewa kerana aku telah gagal dalam semuanya.Perkara yang baik adalah saya tidak gagal dengan teruk.Kebanyakkn markah saya yang gagal semua dalam golongan empat puluhan. Aku lulus dua subjek dan gagal empat subjek.

Aku akan berjanji yang aku akan belajar dengan bersungguh-sungguh.Untuk ibu,ayah,orang yang sayang kepadaku,kawan-kawan dan yang penting untuk diriku sendiri,aku akan belajar.

Tuesday, February 24, 2009

Hari Pertahanan Singapura

Singapura memerlukan Hari Pertahanan kerana kita harus sentiasa bersedia untuk apa-apa masalah seperti potongan elektrik ataupun perang.Kita harus pasti apa yang harus atau tidak harus dilakukan jikalau perang berlaku secara tiba-tiba.

Kita tidak boleh mengharapkan kepada tentera Singapura untuk mempertahankan Singapura kita.Kita sebagai rakyat Singapura boleh memberikan sumbangan untuk pertahankan Singapura.

Remaja dan Jenayah


Pada zaman sekarang,remaja-remaja sering melakukan jenayah.Jenayah-jenayah yang dilakukan oleh remaja zaman sekarang termasuk mencuri, pergaduhan ,menghisap rokok dan yang paling teruk pembunuhan.


Remaja memang gemar mencuri.Benda-benda yang mereka mencurik termasuk makanan, minuman,mainan dan banyak-banyak lagi.


Remaja jugak sudah tidak kisah yang mereka belum cukup umur untuk menghisap rokok.Mereka sering duduk di bwh blok dan menghisap rokok dalam baju sekolah mereka.

Sekolah mereka akan mendapat nama yang buruk kerana remaja-remaja nakal ini.


Remaja sekarang tidak kisah sama ada mereka telah melakukan jenayah ke tidak.Mereka hanya menyesal atas perbuatan mereka setelah masuk rumah lelaki atau perempuan.Pada masa itu,tiada lagi guna untuk mereka menyesal perbuatan mereka.Mereka akan mendapati susah untuk mendapat kerja.Mereka juga akan mendaat kesusahan jika mereka ingin meneruskan pelajaran mereka.Tiada sekolah yang ingin menerima mereka kerana jenayah yang mereka telah melakukan.


Tuesday, February 3, 2009

Azam Saya

Azam saya pada tahun ini ialah untuk menjadi manusia yang lebih baik,lebih bersabar,lulus peperiksaan dengan cemerlang dan hidup dengan bahagia.Inilah azam-azam saya.

Saya masih bukan manusia yang baik sebab itulah saya masih ingin menjadi manusia yang lebih baik.Memang saya tidak bersabar sangat.Saya ingin lulus dalam peperiksaan saya dengan cemerlang kerana saya ingin sangat untuk membuat ibu bapa saya rasa bahagia.

Yang akhir,saya ingin hidup saya penuh dengan bahagia.